Berita

Berita

IBU HADIR TERIMA IJAZAH BAGI PIHAK ANAK

IBU HADIR TERIMA IJAZAH BAGI PIHAK ANAK

Tarikh : 12 November 2018

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Gombak, – Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Allahyarhamah Raudhah Nasuhah binti Mokhtar yang mengambil bidang Kejuruteraan. Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah september lalu dalam satu kejadian kemalangan jalan raya. 

Hadir pada hari ini mewakili Allahyarhamah adalah kakak kandungnya, Siti Annurul Ain Mokhtar. Allahyarhamah Raudhah Nasuhah diumumkan bagi menerima Ijazah Anumerta Sarjana Muda Kejuruteraan(Bahan) dengan kepujian. 

Ijazah Anumerta merupakan penganugerahan ijazah yang diberikan kepada individu yang telah meninggal dunia. 

Pada sidang ke-4 majlis konvokesyen ini, seramai 827 graduan menerima skrol mereka dalam bidang pengajian Kejuruteraan dan pengajian pengurusan bahasa. Skrol di sampaikan oleh Dato’ Seri Syed Hussien Al-Habshee, Ahli Lembaga Gabenor UIAM. 

Pada tahun ini seramai 5,413 graduan diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-34. Majlis ini dijadualkan berlangsung sebanyak tujuh sidang selama empat hari dari 10 hingga 13 November 2018 di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan UIAM di Kampus Gombak. 

Pada tahun ini seramai 4,449 orang graduan menerima skrol di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan seramai 964 orang graduan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang pengajian dari 16 Kulliyyah (Fakulti).