Berita

Berita

Hearing Aids Handover Ceremony & Appreciation Dinner 2019 news

Hearing Aids Handover Ceremony & Appreciation Dinner 2019 news

Tarikh : 05 March 2019

Dilaporkan Oleh : Arshad sideek

Kategori : News


Share
Prof Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak (kiri) pada majlis penyerahan replika cek bantuan alat pendengaran di dewan UIAM kampus Kuantan.


Kuantan - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan menerima sumbangan 50 alat bantu pendengaran bernilai RM234,400. Sumbangan itu diberikan tiga rakan industri Jabatan Audiologi dan Patologi Pertuturan-Bahasa (JAPPB) universiti berkenaan sempena Hari Pendengaran Sedunia 2019.

Rektor UIAM, Prof Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, alat bantuan pendengaran diterima itu akan digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dalam bidang audiologi . 

Katanya, pihak universiti turut akan mengagihkan alat berkenaan kepada individu atau pesakit yang mendapat rawatan dan memerlukan alat bantuan pendengaran .

“Saya memuji usaha tiga syarikat rakan industri JAPPB yang menghulurkan sumbangan memberi manfaat kepada UIAM dan untuk mereka yang mengalami masalah 
pendengaran di negara ini,” katanya pada majlis penyerahan replika cek bantuan alat pendengaran di dewan UIAM kampus Kuantan di sini baru-baru ini.


Token of appreciation giving by the dean of KAHS, Assoc. Prof. Dr. Suzanah (left) to The Honourable Rector (middle) while being witnessed by the Head of Department Audiology and Speech-Language Pathology, Asst. Prof. Dr. Nor Azrita (right).


Source: Harian Metro