Acara

Acara

28
May
2023
BENGKEL MEROMBAK TESIS KEPADA BUKU

BENGKEL MEROMBAK TESIS KEPADA BUKU

Tarikh Mula : 28 May 2023   Tarikh Tamat : 28 May 2023

Lokasi : Bilik Kuala Lumpur, World Trade Centre Kuala Lumpur

Penganjur : IIUM Press, MBKM, MAPIM

Share

Bengkel ini memerihalkan kaedah merombak tesis kepada buku. Ia bertujuan membimbing penulis tentang cara mengubah laras bahasa, cara persembahan, nada, dan gaya penulisan tesis agar dapat diterbitkan sebagai buku penyelidikan. Dengan cara ini, banyak ilmu dapat disebar luas serta dikongsikan bersama pembaca di seluruh Malaysia mengenai teknologi dan kajian oleh para penyelidik di Malaysia.

Bengkel ini wajar dihadiri oleh semua ahli akademik, baik di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta serta institusi-institusi pengajian lain seperti politeknik dan institut latihan kemahiran yang berhasrat untuk berkongsi kajian tesis mereka kepada masyakarat umum dalam bentuk buku yang mudah difahami.

Ayuh sertai Bengkel Penulisan Tesis kepada Buku yang akan dikendalikan oleh Profesor Dr. Roosfa Hashim, Pengarah Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 28 MEI 2023.

Scan QR Code menerusi poster/ tekan pautan di bawah bagi penyertaan dan info lanjut. 

Pautan: https://forms.gle/5n5NbbaEbZEk...