Pengumuman

Pengumuman

KAJI SELIDIK ATAS TALIAN MENGENAI PENGGUNAAN DATA PEMANTAU CTBT DI MALAYSIA

KAJI SELIDIK ATAS TALIAN MENGENAI PENGGUNAAN DATA PEMANTAU CTBT DI MALAYSIA

Tarikh : 11 August 2021

Dilaporkan Oleh : Siti Nur Nazeha Bt Saiffuddin Zuhri

Kategori : Announcements


Share

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Datuk Seri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Assoc.Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,


RMC ANNOUNCEMENT: KAJI SELIDIK ATAS TALIAN MENGENAI PENGGUNAAN DATA PEMANTAU CTBT DI MALAYSIA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Data Kebangsaan bagi Comprehensive Nuclear Test-ban Treaty (CTBT), dibawah kendalian Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini sedang menjalankan satu kajian mengenai penggunaan data pemantauan Sistem Pemantauan Antarabangsa (IMS) CTBT di kalangan pusat penyelidikan, universiti dan agensi Kerajaan di Malaysia. Malaysia telah menandatangani CTBT ini pada 1998 dan meratifikasinya pada 2008, sebagai tanda sokongan penuh negara terhadap pengharaman ujian senjata nuklear diperingkat global. 

3.  Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan hormatnya ingin mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada pihak YBhg Prof Dr untuk mengedarkan Borang Kaji Selidik atas talian berkaitan kajian ini untuk perhatian dan respons dari semua warga kerja organisasi / institusi YBhg Prof jua. Adalah diharapkan melalui maklum balas yang diterima dari warga kerja organisasi / institusi YBhg Prof Dr terhadap kaji selidik  ini akan membantu menjayakan kajian yang sedang pihak kami laksanakan. 

4.  Borang Kaji Selidik atas talian ini boleh dicapai melalui pautan https://forms.gle/yv2dgdT7Sz1Ls5eL9 

      Tarikh akhir menyertai kaji selidik ini adalah pada 31 Ogos 2021 dan sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:

Muhammed Zulfakar Zolkaffly Pusat Data Kebangsaan CTBT Agensi Nuklear Malaysia Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) No. HP: +601121201263 Emel: zulfakar@nuclearmalaysia.gov.my

4.  Kerjasama YBhg Prof Dr dalam menjayakan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


"TEKNOLOGI NUKLEAR PEMACU WAWASAN NEGARA"

"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"



"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

PENGUMUMAN OLEH:

Research Management Centre (RMC)