KESATU IIUM
Mengenai KESATU
معلومات الاتصال
-
Mengenai KESATU
Tujuan penubuhan Kesatuan ini adalah untuk :
(a) Mengorganisasikan pekerja-pekerja sebagai ahli Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.
(b) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.
(c) Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan pekerja-perkerja lain, di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan 26 dan peraturan 27.
(d) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.
(e) Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
(f) Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
(g) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
VISI KESATU
MENJADIKAN KESATU KESATUAN YANG DI SEGANI DAN DI HORMATI DALAM MEMBELA KEBAJIKAN AHLINYA.
MISI KESATU
MENYEDIAKAN PELUANG DAN RUANG UNTUK AHLI-AHLI KESATU BERSAMA-SAMA DALAM MEMBELA KEBAJIKAN MEREKA DENGAN PENUH KOMITED,TEGAS,ADIL,BERINTEGRITI DAN PENUH BERTANGGUNGJAWAP DAN AMANAH DEMI KEMAJUAN BERSAMA.
SKOP KEANGGOTAAN/KEAHLIAN
Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada Kakitangan Sokongan Satu Dari Gred 27 Hingga Gred 40 yang digaji oleh International Islamic University Malaysia.
YURAN KESATUAN
Yuran Kesatuan adalah seperti berikut:-
Yuran masuk/pendaftaran RM3.00
Yuran bulanan RM5.00
KOMITED
Ahli JawatanKuasa Kerja Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University (KESATU) adalah KOMITED dalam menjalankan tanggungjawap yang diamanahkan oleh ahli-ahli Kesatuan. Memberi komitmen yang tinggi dan penuh bertanggungjawap, jujur, cekap dan amanah dalam segala urusan hal ehwal kesatuan dan kepentingan kebajikan ahli kesatuan.
INTEGRITI
Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University (KESATU) bertanggungjawap dengan mempunyai INTEGRITI yang tinggi dalam segala urusan hal ehwal kesatuan.
TEGAS
Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University (KESATU) hendaklah TEGAS membuat keputusan dalam kepentingan Kebajikan Ahli-ahli Kesatuan dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan pihak atasan. Bertegas dengan penuh hikmah amat di tuntut bagi menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli kesatuan.
ADIL
Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University (KESATU) hendaklah berlaku ADIL dalam segala urusan hal ehwal kesatuan. Adil kepada ahli-ahli kesatuan dan tidak memilih kawan, saudara atau kenalan rapat sahaja ketika menguruskan aduan atau menguruskan tanggungjawap yang di berikan oleh ahli-ahli kesatuan.

Logo Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University Malaysia (KESATU), melambangkan hasrat dan objektif-objektif kesatuan (KESATU).
Logo berkonsepkan bentuk bunga matahari berkembang mekar terdiri daripada tiga (3) bahagian utama :
i- Lapan kubah menghala ke lapan arah- di ambil dari logo UIAM.
(Bagaikan bentuk kelopak-kelopak bunga matahari yang mekar)
ii- Dua bulatan gabungan warna merah, biru, putih dan bulatan kuning.
iii- Tulisan “KESATU”
1. LAPAN KUBAH MENGHALA KE LAPAN ARAH
Lapan kubah ini di ambil dari konsep logo International Islamic University Malaysia (IIUM). Ia diadoptasikan ke logo KESATU, kerana Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University Malaysia (KESATU) ini adalah ditubuhkan di Universiti ini dan ia merupakan sebahagian dari komuniti UIAM. (Ditubuhkan dibawah akta Kesatuan Sekerja 1959, No.Pendaftaran : 1039 ) pada 18hb Mei 2010. Kesatuan juga bergerak selaras dengan Visi dan Misi UIAM dengan mengambil kira transformasi kebajikan kakitangan UIAM dan berlandaskan Kod Etika KESATU.
2. DUA BULATAN GABUNGAN WARNA MERAH, BIRU, PUTIH DAN BULATAN KUNING
Warna logo ini diadaptasikan dari warna-warna bendera Malaysia yang bermaksud Kesatuan (KESATU) bergerak berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan menyokong penuh prinsip-prinsip Perlembagaan Negara. Warna merah diselang-selikan dengan warna putih menggambarkan pelbagai jawatan, pangkat, jabatan dan pandangan yang berbeza-beza daripada ahli-ahli KESATU namun masih boleh disatukan di dalam satu bulatan yang melambangkan kesepakatan dalam mengambil keputusan untuk kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya.
Warna Merah melambangkan ketegasan dan komitmen ahli-ahli KESATU dalam menjayakan visi dan misi Kesatuan (KESATU) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya demi kepentingan bersama. Warna Putih melambangkan keikhlasan dan integiriti dalam menjayakan visi dan misi KESATU. Warna Biru mengambarkan KESATU membela kebajikan ahli-ahlinya dengan adil dan saksama tanpa memilih kepentingan tertentu. Warna Kuning menyanjung tinggi kesultanan sebagai Ketua Perlembagaan UIAM. Bulatan-bulatan ini juga menggambarkan kesepaduan antara ahli-ahli dalam kesatuan demi mencapai objektif-objektif penubuhan kesatuan (KESATU) ini.
3. TULISAN "KESATU"
KESATU bermaksud Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University Malaysia. Berada di atas dua bulatan ini mengambarkan ahli-ahli Kesatuan (KESATU) bersatu padu menyokong dan menjayakan visi dan misi kesatuan dimana pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli sering berubah namun ahli-ahli tetap bersatu menyokong penuh perjuangan kesatuan dalam membela kebajikan ahlinya.

