Announcements

UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST ( MUET ) SECARA KAEDAH MUET on Demand ( MoD )
Date : 22 October 2018
Reported by : mifdhal
Category : IIUM Community
Tweet This
PEWARTAAN
PENAWARAN UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) SECARA KAEDAH MUET on Demand (MoD)
Mulai bulan Jun tahun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menambah kaedah pengelolaan Ujian Malaysian University English Test (MUET) sedia ada, iaitu secara MUET on Demand (MoD) yang diadakan secara Computer Based Test (CBT) dan juga Paper Based Test (PBT).
Standard kertas soalan MUET (Listening, Speaking, Reading, dan Writing) bagi kaedah MoD adalah sama dengan kaedah MUET sedia ada (MUET Sesi 1, MUET Sesi 2, dan MUET Sesi 3). Format Ujian MoD juga mengguna pakai Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions MUET sedia ada.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Ujian MoD ini, sila layari portal MPM di www.mpm.edu.my atau hubungi Bahagian Pembinaan dan Pengendalian Kompetensi (BPKOM), MPM di talian 03-61261634.
Surat Pewartaan MoD - 06092018