Berita

Berita

Replika Keris di UIAM

Replika Keris di UIAM

Tarikh : 19 November 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Seperti saya sebutkan dalam posting saya sebelum ini tentang urusan penukaran replika keris dengan replika rehal beserta Quran (Quran monument), saya akan update tentang relokasi replika keris di Taman Ilmu & Budi, nama jolokan kepada UIAM, apabila semua urusannya siap & sempurna sesuai dengan kedudukan keris yang tinggi dalam masyarakat kita.

Alhamdulillah, replika keris yang hebat ini telah diletakkan di Malay Heritage Lab di bawah jagaan Kulliyyah Seni Bina UIAM. Ada lagi sebab di sebalik relokasi dan posisi ini.

Lokasi pemilihan tapak keris adalah berdasarkan kedudukan tapak Malay heritage lab yang telah & akan menempatkan rumah2 Melayu. Buat masa ini hanya terdapat rumah melayu Kutai dari negeri Perak. Perletakan replika keris ini amat bertepatan dan strategik dengan kawasan sekitar rumah Melayu tersebut.

Keris dan rumah Melayu beserta kawasan laman dapat menguatkan lagi keberadaan Kulliyah Senibina itu sendiri. Perletakan replika keris ini betul2 di bahagian depan laman untuk memasuki Malay heritage lab juga dapat memberi satu impak yang jelas kepada Malay Heritage Lab itu sendiri & UIAM keseluruhannya.

Saya difahamkan bahawa UIAM dalam perancangan membina beberapa buah unit rumah Melayu sebagai bahan kajian seni bina. Malah terdapat cadangan supaya pihak UIAM, dengan penajaan pihak tertentu, dapat memindahkan rumah tradisional Melayu yang terbiar di banyak negeri di Malaysia ke UIAM untuk kajian para pelajar & juga lawatan pelancung.

Semoga ini memberi penjelasan kepada semua pihak yang perihatin atas isu replika keris yang diubah lokasinya. Kenyataan replika keris ini dibuang adalah tidak bertanggungjawab sama sekali. Sikap 'second guess' perlu dijauhi. Hujah 'out of context' juga perlu dibasmi. Replika Quran juga didatangkan dengan rehal yang merupakan sebahagian daripada adat & budaya orang Melayu.

Perlu disebutkan bahawa replika al-Quran bukanlah perkara baru dalam konteks UIAM sejak penubuhannya. Ianya terletak kemas & anggun dalam logo UIAM yang asal sejak tahun 1983. Ia adalah ibarat hati dan jantung kepada UIAM. Setiap negara dan syarikat ada branding masing2. Apa salahnya UIAM memperolehi semula brandingnya?

MDB

Source : Fb Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, President of IIUM

https://www.facebook.com/minda...