Berita

Berita

Portal mycveguide.com tingkat kesedaran isu keganasan

Portal mycveguide.com tingkat kesedaran isu keganasan

Tarikh : 14 March 2022

Dilaporkan Oleh : ISTAC Web

Kategori : News


Share
Mohd Daud (tengah) menyerahkan cenderhati kepada Ganeson sempena Pelancaran portal sehenti mycveguide.com di ISTAC-IIUM, Kuala Lumpur pada Jumaat

NUR IFTITAH ROZLAN | | 04 Mac 2022

KUALA LUMPUR - Portal mycveguide.com yang dilancarkan pada Jumaat merupakan satu inisiatif dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia berhubung isu keganasan.

Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Datuk Ganeson Sivagurunathan berkata, mycveguide.com adalah portal sehenti yang menyediakan kandungan berkaitan Mencegah dan Mengawal Ekstremisme Ganas (PCVE) di Malaysia termasuk di peringkat serantau serta global.
“Portal ini bertujuan menyediakan kandungan original dan sumber sekunder mengenai PCVE seperti berita, webinar, latihan, penglibatan, penyelidikan serta sumber lain.

Ia juga akan berperanan sebagai satu panduan untuk membantu penggubal dasar, penyelidik, pengamal, pelajar dan masyarakat mengenali peranan sektor menentang ekstremisme ganas (CVE) dalam hal keselamatan sekuriti serta orang awam,” katanya ketika pelancaran portal sehenti, mycveguide.com di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC-IIUM), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Hadir sama, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D Mcfeeters dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Inisiatif itu digerakkan dengan kerjasama SEARCCT, ISTAC-IIUM, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Mengulas lanjut, Ganeson berkata, kerjasama yang dijalankan dengan MPI itu juga bertujuan mendidik wartawan untuk melaporkan isu berhubung keganasan dengan lebih bertanggungjawab.
"Portal mycveguide.com antara lain akan memaklumkan, melibatkan dan melatih wartawan dengan objektif seperti gunakan fakta dan elakkan bias, gunakan terminologi yang betul berkaitan CVE, sertakan suara pelbagai pihak dan elakkan kandungan bersifat menghasut," ujarnya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my...
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf