Announcements

Announcements

RUANG PERNIAGAAN DI KULLIYYAH OF LANGUAGES AND MANAGEMENT (KLM) IIUM KAMPUS PAGOH

RUANG PERNIAGAAN DI KULLIYYAH OF LANGUAGES AND MANAGEMENT (KLM) IIUM KAMPUS PAGOH

Date : 05 November 2018

Reported by : Mohamad Hazim Bin Selamat

Category : Announcements


Share

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat bertaraf BUMIPUTRA SAHAJA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang mana pendaftarannya masih sah laku untuk kontrak mengurus perkhidmatan berikut di Kuliyyah of Languages and Management (KLM) dan Mahallah (kolej kediaman pelajar), INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM), KAMPUS PAGOH. (KEUTAMAAN ADALAH KEPADA KOMUNITI SEKITAR PAGOH, MUAR DAN PANCHOR). 


LOKASI RUANG NIAGAKONSEP PERNIAGAANKOD BIDANG
KLM LOT 1Medan Selera (Nasi campur)Makanan: 040103
Minuman: 040102
KLM LOT 2Medan Selera (Nasi campur)Makanan: 040103
Minuman: 040102
Mahallah Zaid -LOT 2Kedai pencetakan dan Fotokopi222010, 221612, 221613
Mahallah Zaid -LOT 3Kedai Serbaneka040102, 020401, 020402,020403, 020601


  1. Taklimat WAJIB bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, International Islamic University Malaysia Kampus Pagoh akan diadakan pada 15 November 2018 pukul 10.00 pagi. Syarikat tuan/puan tidak akan disenarai pendek sekiranya GAGAL menghadiri Sesi Taklimat.
  2. Syarikat tuan/puan WAJIB mempunyai SIJIL ASAL PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF).
  3. Kertas cadangan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta bertanda kod premis di sebelah kiri bahagian atas sampul surat dan dihantar ke kaunter pejabat di alamat berikut sebelum atau pada 12:00 t/ hari, 26 November 2018 :-

Kulliyyah of Languages and Management

International Islamic University Malaysia (IIUM) Pagoh Edu Hub

KM 1, Jalan Panchor,

84600, Pagoh, Muar,

Johor Darul Takzim,

Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 06- 974 2711/06-9742603/06-9742604.