الأخبار

الأخبار

​  Ibu sebak terima ijazah anak

​ Ibu sebak terima ijazah anak

التاريخ : 11 November 2018

المحرر : dsh

الفئة : News


Share


RAHIMAH Ahmad Shah mewakili anaknya, Allahyarham Raudhah Nasuhah Mokhtar sebak ketika menerima Ijazah Anumerta Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) dengan kepujian di UIAM Gombak. - Foto SADDAM YUSOFF

Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin
khairul.anam@bh.com.my

Kongsi artikel






Share








Tweet








Share



GOMBAK: Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allahyarham Raudhah Nasuhah Mokhtar yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya, September lalu menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-34, hari ini.

Ibu Allahyarham, Rahimah Ahmad Shah, 57, menerima Ijazah Anumerta Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) dengan kepujian bagi pihak anaknya yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Gabenor UIAM, Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee.

Rahimah ketika ditemui berkata, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika nama anaknya diumumkan untuk menerima ijazah.

Katanya, beliau berbangga dengan pencapaian anaknya itu, malah lebih menggembirakan kesembilan-sembilan anaknya berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini. Saya memang beberapa hari ini asik menangis sahaja teringatkan dia (Raudhah). Pagi tadi (semalam) kami semua ke kubur dahulu menziarahi arwah.

“Tiada kata-kata terakhir sebab ketika kejadian (kemalangan) kami di Pontian, Johor, arwah di Klang, Selangor, tiba-tiba dapat panggilan memaklumkan dia maut dalam kemalangan.

“Memang terperanjatlah sebab dia tidak sakit.Ibu tunggal itu berkata, anak ketujuhnya dari sembilan beradik adalah seorang yang pendiam tetapi cukup membahagiakan keluarga.

“Harapan setiap ibu sudah tentu mahu lihat dia seperti berkahwin, apapun saya redha dengan ketentuan ini tetapi bila lihat ramai-ramai (graduan yang bergraduasi) memang sayu,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen berkenaan.Yang turut hadir Rektor UIAM, Profesor Emeritus, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Terdahulu, Syed Hussien dalam ucapannya berkata, semua graduan disaran supaya meneruskan kecemerlangan dan tidak terhenti setakat di peringkat universiti sahaja.

“Sebagai graduan UIAM, saya berharap kamu sedar bahawa anda terhutang budi kepada keluarga dan masyarakat, justeru, perlu menjadi contoh kepada mereka yang tidak mempunyai peluang untuk belajar di universiti,” katanya.

Majlis konvokesyen selama empat hari bermula kelmarin hingga esok itu, menyaksikan seramai 5,413 graduan dari 16 fakulti diraikan, masing-masing 4,449 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 964 graduan Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Pada sidang keempat itu, seramai 827 graduan menerima ijazah membabitkan bidang pengajian kejuruteraan dan pengajian pengurusan bahasa.