الأخبار

الأخبار

Fatin Azzahra Lokman of IIUM received "Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2017"

Fatin Azzahra Lokman of IIUM received "Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2017"

التاريخ : 24 September 2018

المحرر : dsh

الفئة : News


Share

Fatin Azzahra menerima Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis(UniMap)

Oleh Roslan Rusly

Perlis - - Pelajar bidang Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) , Fatin Azzahra Binti Lokman dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah  Siswa Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMap) pada 22 September lalu.

Dalam majlis yang sama juga, Fatin Azzahra juga turut menerima Anugerah Majlis Perwakilan Pelajar 2017. Ini menjadi UIAM membawa pulang dua anugerah.

Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang hadiah Wang Tunai sebanyak ringgit Malaysia 3,000.00, Sijil, telefon pintar Samsung Note 9, sebuah komputer riba dan Pakej Percutian ke Bandung dn piala.

Manakala untuk anugerah lain masing-masing membawa pulang hadiah berupa Wang Tunai sebanyak ringgit Malaysia 1,000.00, Sijil dan Piala.

Duli Yang Teramat Mulia(DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat dan mencemar duli menyempurnakan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017.

Turut sama mengiringi keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis, Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee bin Malik bersama-sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Sebanyak 15 buah anugerah telah dipertandingkan mengikut kategori dan satu anugerah utama menjadi rebutan iaitu Anugerah Tokoh Siswa 2017.

Anugerah ini membolehkan mahasiswa menonjolkan bakat serta kebolehan masing-masing, selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melahirkan generasi pemimpin pelapis yang berkualiti serta melahirkan graduan holistik dan seimbang (akhlak dan ilmu) merangkumi sifat-sifat intelek, rohani, emosi dan juga fizikal .

Fatin Azzahra yang ditemui berkata, beliau amat tidak menyangkakan kemenangan ini kerana calon-calon fanalis juga tidak kurang hebatnya dan saya menganggap ianya sebagai rezeki saya dan berterima kasih kepada semua pihak.

"Alhamdulillah, saya amat terkejut dan tidak sangka akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah ini. Dan saya jugak berterima kasih kepada pihak Universiti, para pensyarah, rakan-rakan, ibu bapa serta semua pihak yang banyak beri sokongan kepada saya".ujarnya.

Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah berprestij peringkat nasional yang digerakkan sebagai satu rangsangan menjurus kepada bidang kepimpinan dan kesukarelawanan dan ia diadakan bagi mengiktiraf para pelajar Universiti Awam yang menunjukkan tahap pencapaian cemerlang luar biasa dalam bidang kokurikulum di samping akademik.

Read more: https://thedesks.blogspot.com/...