الأحداث

الأحداث

17
Aug
2018
 GARDEN OF KNOWLEDGE VIRTUAL RUN

GARDEN OF KNOWLEDGE VIRTUAL RUN

تاريخ البدء : 17 Aug 2018   تاريخ الإنتهاء : 30 Sep 2018

الموقع : VIRTUAL RUN (anywhere)

المنظم : KESATU

Share

21KM VIRTUAL RUN

KESATU adalah salah sebuah kesatuan sekerja yang berdaftar di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan CEUPACS. Bagi melahirkan masyarakat khususnya kakitangan UIAM yang menjalani kehidupan sihat dan cergas, dengan besar hati KESATU ingin mengajak anda semua penyertai Program Larian KESATU secara maya yang diberi nama “GARDEN OF KNOWLEDGE 21KM VIRTUAL RUN”.

Larian bertemakan moto UIAM ini juga memberi inspirasi kepada pelari dengan memilih misi “I AM BRILLIANT RUNNER” adalah bagi menghargai setiap peserta yang bijak memilih larian sebagai salah satu cara hidup yang sihat.

YA! ANDA MEMANG BIJAK!

KESATU juga ingin menjadikan program ini sebagai platform permulaan bagi perkenalkan Larian KESATU sebagai program tahunan, menggalakkan setiap organisasi, komuniti dan masyarakat yang sihat dan sekaligus menanam minat secara sukalera dan bersantai dalam menjalani kehidupan yang sihat melalui larian.

Jom! Mulakan aktiviti larian sebagai cara hidup sihat dan menamatkan larian separuh marathon pertama 21km anda sebagai pencapaian peribadi terutama yang baru berjinak dengan dunia larian.


Daftar sekarang di:  http://adhambikecentre.net/eve...


FAQ Virtual Run.docx

FinalKVR T&C